Wednesday, March 24, 2010

Tuesday, March 23, 2010

Jenis-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:
Bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat.
Dadah analgesik
Aspirin
Asetaminofen
Ibuprofen
Opioid
Morfina
Heroin
Kodeina
Dadah rekreasi
Alkohol
Nikotin
Kafeina
Halusinogen
Kanabis
MDMA
GHB
Kokaina
Inhalan

Dadah penggalak prestasi
Amfetamina
Efedrina
Kokaina
Steroid Anabolik

Bukti HIV menyebabkan Aids

Bukti Menyebabkan AIDS

Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila immunisasinya telah
dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. CDC Amerika Syarikat
mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas
dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem
imunisasi immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti Pneumocystis
carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang dikalangan mereka yang sihat
tanpa jangkitan HIV. Kebanyakaan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan
"jangkitan mengambil peluang" yang jarang menyebabkan bahaya pada orang yang sihar.
Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan
sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat
biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak
dijangkiti HIV dibawah 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan
dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak
dengan HIV.

Cara Sebaran

Cara Sebaran

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
Perhubungan seks tanpa kondom
Penerimaan darah yang tercemar
Perkongsian jarum suntikan dadah
Dari ibu-ke-anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu

HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
Perciuman atau berpeluk
Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
Berenang di kolam renang awam
Gigitan nyamuk atau serangga lain

Apa Itu Dadah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.
Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan
makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang
farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

Asal Usul HIV

HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah dari contoh darah yang diambil dari seorang lelaki pada tahun
1959 di Kinshasa, Demokratik Republik Congo.(Bagaimana cara dia dijangkiti tidak diketahui.) Analisa genetik ke
atas sempel darah ini menandakan kemungkinan ia berasal dari satu virus di akhir tahun 1940-an atau awal
1950-an.

Kita tahu bahawa virus ini telah wujud di Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya pada pertengahan tahun
1970-an. Dari 1979-1981 pneumonia, barah and penyakit-penyakit luar biasa dilaporkan oleh para doktor di Los
Angeles dan New York dikalangan pesakit-pesakit lelaki homoseksual. Keadaan pesakit-pesakit ini jarang didapati
di kalangan orang yang mempunyai immunisasi yang sihat.

Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakkan istilah "acquired immunodeficiency syndrome (AIDS)
untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan oportunistik (OIs, Kaposi's Sarcoma (sejenis barah), and
Pneumocystis Carinii pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS
secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan
HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis
antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).

Buat masa INI, para saintis masih berteorikan tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan
masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999,
sekumpulan kaji-saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, strain utama virus HIV
di negara-negara maju. Satu subspesis chimpanzee, asal di Equatorial Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai
punca asli virus ini. Para kaji-saintis ini percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu
ini didedahkan kepada darah chimpanzee yang dijangkiti oleh virus ini.

Apa Itu Aids

HIV/AIDS ialah singkatan bahasa Inggeris untuk Human Immunodeficiency Virus/Acquiredbr
Immune Deficiency Syndrome ataupun Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV, (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus
yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. AIDS adalah nama singkatan dan
merupakan peringkat dalam mana pesakit mempunyai CD4 kurang dari 200 atau mempunyai
penyakit berjangkit yang lain. Lazimnya seseorang yang sihat tidak mudah dijangkiti
penyakit.

Meskipun terdapat usaha Kerajaan untuk mencapai Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015,
kejadian penyalahgunaan dadah di Malaysia, terutamanya di kalangan bahagian masyarakat yang
terpinggir dari segi sosioekonomi dan di kalangan pelajar dan golongan muda, terus
meningkat.
Mengikut laporan Agensi Dadah Kebangsaan 2006, 300,241 warga Malaysia telah dikesan
sebagai pengguna dadah di antara tahun 1988 hingga bulan Disember 2006. Bagi setiap
pengguna dadah yang dikenal pasti, mungkin terdapat 3-4 pengguna yang dapat mengelakkan
diri daripada pengesanan dan penangkapan.
Di antara bulan Januari dan bulan Disember 2006, 22,811 pengguna dadah telah dikesan
dengan kadar kes 1,900 sebulan. Majoriti penguna dadah adalah di golongan orang muda di
bawah umur 29 tahun (71.04%). Pilihan jenis dadah oleh pengguna di Malaysia ialah
heroin dan morfin (60.73%).
Terdapat suatu hubungan antara penyalahgunaan dadah suntikan dengan HIV/AIDS. Kira-kira
73% kes HIV di Malaysia adalah dalam kalangan masyarakat pengguna dadah suntikan.
Penyalahgunaan dadah memudaratkan individu berkenaan dan keluarga mereka dan memberi
kesan langsung terhadap keharmonian sosial, undang-undang dan ketenteraman serta
produktiviti