Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila immunisasinya telah
dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. CDC Amerika Syarikat
mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas
dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem
imunisasi immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti Pneumocystis
carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang dikalangan mereka yang sihat
tanpa jangkitan HIV. Kebanyakaan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan
"jangkitan mengambil peluang" yang jarang menyebabkan bahaya pada orang yang sihar.
Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan
sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat
biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak
dijangkiti HIV dibawah 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan
dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak
dengan HIV.
Tuesday, March 23, 2010
Bukti HIV menyebabkan Aids
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ss
ReplyDelete