Tuesday, March 23, 2010

Apa Itu Aids

HIV/AIDS ialah singkatan bahasa Inggeris untuk Human Immunodeficiency Virus/Acquiredbr
Immune Deficiency Syndrome ataupun Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV, (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus
yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. AIDS adalah nama singkatan dan
merupakan peringkat dalam mana pesakit mempunyai CD4 kurang dari 200 atau mempunyai
penyakit berjangkit yang lain. Lazimnya seseorang yang sihat tidak mudah dijangkiti
penyakit.

Meskipun terdapat usaha Kerajaan untuk mencapai Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015,
kejadian penyalahgunaan dadah di Malaysia, terutamanya di kalangan bahagian masyarakat yang
terpinggir dari segi sosioekonomi dan di kalangan pelajar dan golongan muda, terus
meningkat.
Mengikut laporan Agensi Dadah Kebangsaan 2006, 300,241 warga Malaysia telah dikesan
sebagai pengguna dadah di antara tahun 1988 hingga bulan Disember 2006. Bagi setiap
pengguna dadah yang dikenal pasti, mungkin terdapat 3-4 pengguna yang dapat mengelakkan
diri daripada pengesanan dan penangkapan.
Di antara bulan Januari dan bulan Disember 2006, 22,811 pengguna dadah telah dikesan
dengan kadar kes 1,900 sebulan. Majoriti penguna dadah adalah di golongan orang muda di
bawah umur 29 tahun (71.04%). Pilihan jenis dadah oleh pengguna di Malaysia ialah
heroin dan morfin (60.73%).
Terdapat suatu hubungan antara penyalahgunaan dadah suntikan dengan HIV/AIDS. Kira-kira
73% kes HIV di Malaysia adalah dalam kalangan masyarakat pengguna dadah suntikan.
Penyalahgunaan dadah memudaratkan individu berkenaan dan keluarga mereka dan memberi
kesan langsung terhadap keharmonian sosial, undang-undang dan ketenteraman serta
produktiviti

No comments:

Post a Comment